KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA :D
- Definisi Nota :
- Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Nota menjadi bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.Mencatat nota juga merupakan satu seni.
- Sebab perlu mengambil nota :
|
SEL- SEL NEURON YANG BERHUBUNG |
- 1. Semasa membuat nota, pemikiran anda berkembang dan sel-sel neuron berhubung antara satu sama yang lain ini dapat meningkatkan daya pemikiran seseorang itu.
- 2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau dibaca.
- 3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.
- 4. Membuat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan
- 5. Pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.
- 6. Boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan
- 7. Membuat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya, misalnya membantu pelajar memahami pelajaran, berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan.
|
Teknik SCAMPER boleh digunakan dalam membuat nota yang efektif |
- Perkara penting ketika mengambil nota yang efektif :
- Mengetahui idea utama
- Mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis
- Menggunakan cara yang sesuai seperti Outline note atau column note
- Menggunakan cara menulis nota bentuk grafik
- Menggunakan perkataan sendiri
- Mencatat sumber maklumat diperoleh
- Aspek penting ketika mengambil nota :
|
MENDENGAR DAN FOKUS 100% !!!! |
-
- • Membuat persediaan sendiri
- • Mendengar
- • Fokus
- • Meminta penerangan jika terdapat kekeliruan
- Tips mengambil nota :
- • Belajar kaedah mengambil nota yang berkesan daripada pensyarah atau kaunselor atau sesiapa sahaja yang berkebolehan di kampus
- • Guna kata kunci untuk menjimatkan masa
- • Guna ayat anda sendiri agar mudah difahami
- • Gunakan pen yang pelbagai warna supaya nota kelihatan menarik
- • Gariskan huraian penting
- • Tinggalkan ruang kosong diantara nota agar mudah bagi anda mengedit/menambah penerangan
- Yang paling penting sekali JANGAN TIDUR! ketika pensyarah sedang memberi penerangan.
-
- Sebab membuat nota :
- 1. Semasa membuat nota, anda berfikir secara kritis, analitik dan kreatif untuk memilih fakta yang berkaitan sahaja.
- 2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang kita baca.
- 3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.
- 4. Membuat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan
- 5. Pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari
- 6. Boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan
-
- Teknik Membuat Nota :
- 1. Buat persediaan yang lengkap, misalnya pen, pensel, kertas dan buku.
- 2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat
- 3. Kenal pasti kata kunci. Gunakan formula : ( 4W + H)( What- apa * Why- kenapa * When- bila * Where- di mana ) How- Bagaimana
- 4. Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan
- 5. Lukiskan gambar rajah atau carta yang sesuaiSemasa tulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan: bentuk nota seperti nota objektif, jadual, carta aliran dan gambar rajah Venn.
- 6. Perkataan atau frasa yang penting
- 7. Guna Singkatan: misalnya: dgn= dengan, spt= seperti, U.K.= United Kingdom
-
- Jenis-jenis nota Peta minda
-
|
JENIS CABANG |
-
|
JENIS KITARAN |
-
|
TULANG IKAN |
|
CARTA ALIR |
|
JENIS POKOK |
- Ciri-ciri nota yang baik :
- 1. Terdiri daripada isi-isi penting (utama)
- 2. Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca
- 3. Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran
- 4. Catatkan isi-isi penting sahaja, dengan menggunakan ayat sendiri
- 5. Gunakan dalam bentuk point, elakkan menyalin ayat-ayat panjang
- 6. Kalau perlu gunakan singkatan dalam menulis nota anda
- 7. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda, seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca
Selain itu, anda juga boleh mengunjungi blog :
- http://ebookpilihanbonda.blogspot.my/2013/08/teknik-belajar-teknik-membuat-nota.html
- http://kertaspaper.com/cara-cara-membuat-nota-ringkas/
Nak tanya, ada tak rujukan buku yang berkaitan??
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteCasino Game For Sale by Hoyle - Filmfile Europe
ReplyDelete› https://octcasino.com/ casino-games › casino-games filmfileeurope.com › casino-games › casino-games Casino Game for sale by Hoyle on Filmfile Europe. Free www.jtmhub.com shipping for most 1xbet korean countries, no download required. Check the deals we have.